Tanjung Parapat cuma sekitar 22 minit sahaja dari pekan Semporna. Jarak Tanjung Parapat ni dari Pekan Semporna adalah sekitar 18 kilometer. Kalau nak jalan ke Tanjung Parapat dari Taman Sempol atau dari homestay sekitar Kampung Bubul jarak perjalanan akan jadi lebih pendek - lebih kurang dalam 18 minit sahaja. Lebih dekat lagi nak ke Tanjung Parapat ni kalau memulakan perjalanan dari area Kg. Bubul atau area berhampiran Taman Sempol.
Jalan ke Tanjung Parapat kurang berlubang. Keadaan jalan juga baik. Ada lubang tapi masih di kira kecil sahaja pastu jarang-jarang ada. Sebab kat sini laluan jalan kampung. Lori-lori besar dengan muatan berat memang tak lalu kat sini. Kalau ke sini time hujan tak lah risau sangat sebab jalan rata serta boleh dikatakan tiada lubang. Cuma ada sedikit jalan tidak rata berhampiran jambatan selepas simpang masuk ke SK Bukit Lalang.
Aktiviti utama di Tanjung Parapat ada 4 iaitu mandi laut, hiking, sightseeing (menikmati pemandangan) dan makan. Saya ke Tanjung Parapat nak mandi laut bersama keluarga pada 23 Disember 2021, hari Khamis. Kami ke sana sekitar jam 4 petang. Masa tu hari cerah tapi berawan tebal di atas kepala. Apabila sampai di Tanjung Parapat parking sekitar laluan masuk ke Tanjung Parapat agak penuh. So kena tunggu orang lain keluar dulu barulah boleh parking kereta kat area tu. Alhamdulillah ada 3 kereta bergerak keluar dari parking. Dapatlah kami masuk ke parking tu.
Time baru keluar dari kereta tu baru nampak dah ada gerai-gerai baharu yang di buka di laluan masuk ke Tanjung Parapat. Ada gerai jual keropok, jual minuman tin, jual Coca Cola dan ada juga gerai jual kuih pisang goreng. Pastu ada juga gerai jual sayap ayam madu yang sedap baunya.
Tanjung Parapat ni sebenarnya kawasan berpaya di tepi laut. Sini tak ada pantai putih bersih macam kat pulau-pulau sekitar Semporna. Tapi yang bestnya kat sini view amat cantik dan suasananya tenang tertama di waktu petang. Apabila di waktu tengahari anda akan nampak kawasan paya di sini saat air laut surut. Apabila air laut surut mulalah monyet-monyet liar keluar. Apabila monyet-monyet tu nampak manusia apatah lagi sedang memegang plastik berisi makanan mereka akan kejar. Jadi oleh kerana itu saya tidak sarankan anda pergi ke Tanjung Parapat pada waktu tengahari mulai jam 11:30 hingga sekitar jam 2 petang.
Waktu terbaik untuk jalan-jalan ke Tanjung Parapat adalah sekitar jam 3:30 petang selepas waktu Asar. Tu kalau untuk yang nak mandi laut. Tapi kalau nak ke Tanjung Parapat untuk makan restoran tepi laut di Tanjung Parapat ni buka sekitar jam 12 tengahari sehinggalah ke jam 10 malam. Pemandangan malam sekitar Tanjung Parapat juga cantik. Kalau nak ke Tanjung Parapat pada waktu malam waktu paling ngam ke sini adalah sekitar jam 7 malam selepas waktu Isyak.
Restoran di Tanjung Parapat ada 2 iaitu restoran Anjung Warisan dan restoran Kg. Tanjung Parapat. Kalau nak ke Tanjung Parapat untuk hiking waktu terbaik adalah sekitar 6:30 pagi. Masa tu tak ramai orang. Cuma ramai kalau di hari hujung minggu, di hari cuti umum juga di hari cuti sekolah. Ada sesetengah orang dah sampai ke Tanjung Parapat selepas waktu Subuh. Sebab nak tengok matahari terbit. Masa tu cantik pemandangan dari atas bukit...
Β Β Β Read moreThis is not the 1st time i ate here .... At the restaurant that closer to the resort... The owner didn't manage to keep good reputation for thier restaurant. Not friendly as well. The last time we ate there, we ordered squid (fried and sambal) and cabbage fried with garlic... The cabbage was overcooked and test bitter and the presentation was out, looked black. We ordered squid for half kg..but it looked really not worth...the sambal sotong not sambal but just like source. We ordered nescafe O ice but the waiter keep sent wrong order...on the third time he still sent wrong drink but we just took it because don't want to wait for any longer π. The customer behind us also face the same thing. I thought the waiter not really understand malay language. It really different with our 1st experience...
Β Β Β Read moreTanjung Parapat is 20 minutes from Semporna town or Pekan Semporna. Taxi fare or e-hailing car fare to go here is about MYR20. If you hire a private car with driver the fare is around MYR 50 to MYR 70 depending on driver's agreement. The best part of Tanjung Parapat is the beautiful view especially during sunset. There is a local hiking trail to the top peak of Parapat Hill which is about 300++ meters high. The view from top peak of Bukit Parapat or Parapat Hill is also so beautiful especially during sunrise or during evening time aroun 4-6 PM. Entrance fee to Parapat Hill is...
Β Β Β Read more