Ulul Albab Mosque (Town Mosque)
Ulul Albab Mosque (Town Mosque) things to do, attractions, restaurants, events info and trip planning
Plan your stay
Posts
Masjid Ulul Albab adalah masjid kayu cengal yang terletak di Kampung Seberang Jerteh[1], Jerteh, Terengganu, Malaysia.[2] Senibina masjid ini menjurus kepada senibina Melayu berciri Islam. Masjid ini boleh menampung 1500 jemaah pada satu-satu masa. Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin telah merasmikan masjid ini pada hari Jumaat, 24 Februari 2012. Turut hadir ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, pembesar serta kenamaan negeri.[3] Kos pembinaan masjid ini sebanyak RM12.3 juta di atas tapak seluas 0.2 hektar bagi menggantikan masjid lama yang uzur dan mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan. Baginda menegaskan bahawa segala urusan pentadbiran masjid di Terengganu hendaklah mematuhi Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu 2001, begitu juga dengan pelantikan imam, bilal serta jawatankuasa masjid. Masjid ini hasil rekaan Wan Musatafa Wan Su dari syarikat Khazanah Seni Warisan. Wan Mustafa Wan Su seorang pengukir ternama yang merupakan anak jati Besut dan diangkat sebagai Adiguru Ukiran Kayu Malaysia dipertanggungjawabkan memberi sentuhan kepada wajah masjid. Ia lengkap dengan dewan solat, pusat sumber, kolah besar dan lanskap untuk kawasan rekreasi kepada orang ramai yang berkunjung mengerjakan ibadat di situ. Arkitek, Ar. Ahmad Hilmy Abdullah dari AHA Architect menyifatkan ia permulaan kepada usaha menyuburkan seni bina Melayu Islam. Banyak motif songket Terengganu digunakan dalam senibina masjid ini. Syarikat Mira Murni Sdn. Bhd., dipertanggungjawabkan bagi membinanya dan di bawah pengurusan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Tiang dan lantai masjid tiga tingkat ini mengunakan simen dan bersalut kayu. Masjid ini mengambil contoh senibina Masjid Kampung Laut Tumpat iaitu masjid tertua di Malaysia yang dikatakan berusia lebih 250 tahun. Lantainya ditinggikan dari paras tanah untuk mengelakkan air dan binatang daripada memasuki masjid. Bumbungnya berbentuk atap tumpang, bertingkat tiga yang meruncing ke atas untuk melancarkan penyaliran air hujan agar tidak mudah mereputkan bahan kayu. Di antara tingkat-tingkat bumbung terdapat ruang berbentuk jendela untuk penyaliran udara dan cahaya untuk menyaman dan memberikan keselesaan manakala dinding, jendela dan jejala menepati fungsinya. Hampir 90 peratus masjid ini menggunakan kayu cengal di samping nyatuh dan bala bagi melapisi konkrit menggunakan kaedah tebuk pasak. Tingkat bawah masjid dijadikan dewan .Tingkat kedua adalah ruang solat dan selasar serta tingkat ketiga berfungsi sebagai perpustakaan. Turut dibangunkan dua tempat berwuduk dan tandas. Keseluruhan bangunan masjid dilapisi dinding janda berhias manakala 12 pintu utama ruang solat dihiasi corak awan larat dan pagar mimbar mengambil motif tenunan songket Terengganu. Ukiran ayat suci al-Quran dan doa di pintu utama masjid manakala sekeliling bumbung dikenali sebagai andam-andam dipasang dengan kaligrafi kayu. Enam kepala tangga masjid dilakarkan dengan ukiran abstrak yang menggambarkan ombak dan penyu membawa simbol perjalanan berona yang belum terhenti dan masih jauh. Tempayan dan gayung diletak di anak tangga untuk bilasan kaki yang mungkin mengingatkan agar langkahan untuk ke ruang sujud perlu bermula dengan jasad dan jiwa yang bersih.[4]
aifaa aizat
00
इस मस्जिद का निर्माण हेरिटेज आर्ट म्यूज़ियम कंपनी वान मुसीतारा वान सु द्वारा किया गया है। वान मुस्तफा वान र, एक प्रसिद्ध मूर्तिकार जो में पैदा हुआ था Besut और मलेशिया पर नक्काशी Adiguru लकड़ी नियुक्त मस्जिद के सामना करने के लिए एक स्पर्श देने के हिसाब। यह प्रार्थना हॉल, संसाधन केंद्रों, बड़े स्तंभों और लोगों के मनोरंजन के क्षेत्रों के लिए परिदृश्य के साथ पूरा होता है। आर्किटेक्ट, अर। अहा वास्तुकार के अहमद Hilmi अब्दुल्ला यह पोषण प्रयासों मलय मुस्लिम वास्तुकला की शुरुआत का वर्णन किया। इस मस्जिद की वास्तुकला में कई टेरेंगानू गीत के रूपांकनों का उपयोग किया जाता है। मीरा मुर्नी Sdn। Bhd।, टेरेंगानू धार्मिक मामलों के विभाग के निर्माण और प्रबंधन के लिए जिम्मेदार है । तीन मंजिला मस्जिद के स्तंभ और फर्श सीमेंट और लकड़ी की कोटिंग का उपयोग करते हैं। यह मस्जिद मलेशिया की सबसे पुरानी मस्जिद कम्पुंग तुंपत विलेज मस्जिद की वास्तुकला का एक उदाहरण है , जो 250 साल से अधिक पुरानी है। पानी और जानवरों को मस्जिद में प्रवेश करने से रोकने के लिए जमीनी स्तर से फर्श उठाया जाता है। छत एक छत पर चढ़कर, तीन-स्तरीय छत है जो वर्षा के पानी की निकासी की सुविधा के लिए ऊपर की ओर फैली हुई है ताकि लकड़ी सामग्री को नुकसान न पहुंचे। छत के फर्श के बीच हवा और प्रकाश के लिए एक खिड़की के आकार का स्थान है जो आराम और आराम प्रदान करने के लिए है जबकि दीवारें, खिड़कियां और दर्पण अपने कार्य को पूरा करते हैं। लगभग 90 मस्जिद लकड़ी का उपयोग करने का प्रतिशत cengal अगले Nyatuh और सुदृढीकरण ठोस अस्तर के लिए उपयोग कर तरीकों वेध पिंस । मस्जिद व्याप्ति दूसरे के भूतल हॉल एक प्रार्थना कक्ष और के रूप में प्रयोग किया जाता है दालान और तीसरी मंजिल एक पुस्तकालय के रूप में कार्य करता है। दो सिटिंग एरिया और एक टॉयलेट भी था। पूरी मस्जिद अलंकृत दीवारों के साथ पंक्तिबद्ध है, जबकि प्रार्थना कक्ष के 12 मुख्य दरवाजे गंभीर बादल पैटर्न और लुगदी की बाड़ के साथ सजी हैं जो कि टेरेंगगनू गीत के बुनाई के रूपांकनों को पकड़ते हैं। पवित्र कुरान की उत्कीर्णन और मस्जिद के मुख्य द्वार पर प्रार्थना जबकि इसके चारों ओर की छत को लकड़ी के सुलेख के साथ तैयार किया जाता है । मस्जिद की छह सीढ़ियों को नक्काशीदार नक्काशी के साथ लहरों और कछुओं को चित्रित किया गया है जो निर्बाध और दूरस्थ यात्रा के प्रतीक हैं। जार और रंगरेज़ धोने के पैर कि धनुष क्षेत्र के लिए आपके कदमों याद दिला सकते हैं एक साफ शरीर और आत्मा के साथ शुरू करना चाहिए की सीढ़ियों पर रखा गया है।
Muhammad Hashim
10
One of must visit places in Jerteh town. At least stop by for fardu or sunat prayer. It is free and open for public. Base on google the building is 90% made from kayu cengal, design by local designer with malay terengganu architecture. The parking is easy and plenty. Toilet is clean. The steps might be quit height for old folks or whoever has knee problems. Very nice and clasic.
Ghazali Tajuddin
10
Love, love love this place...such a magnificent mosque with great Malay architecture...made of wood without a single nail...woooow...the carvings are intricate and beautiful. The surrounding is calm and peaceful. It is near the main road so it is very easy to access. There is a warung near the mosque which also has unique design. Please take good care of this awesome heritage.
Syajaratuldur Hamzah
20
First, the mosque is praying place. It is comfort. They have a soft carpet. I peep in to the mosque la. Why?? I arrived the mosque quite late, at 9.30pm already. They already closed. They also have a good and clean toilet too. The wuduk place is clean too. The mosque is designed with traditional motive. So, if you like the art of malay carving. You can visit here.
Abang Jix
20
Nama : Masjid Ulul Albab (Masjid Kayu) Lokasi : Seberang Jerteh Ulasan ringkas : Sebuah binaan masjid yang berasaskan kayu, terletak bersebelahan Petronas Seberang Jerteh. Masjid ini menjadi simbol kedua terbesar di Besut selepas Masjid Hadhari. Keluasan tempat solat : Luas Kolah : Ada Keluasan parkir kenderaan kereta : Sederhana Keluasan parkir motor : Luas Jumlah tandas lelaki : Sederhana Jumlah tandas wanita : Sederhana Keistimewaan : 1. Menjadi lambang utama Jerteh dek keistimewaan binaan kayu langka 2. Hampir seluruh warna berasaskan kecoklatan kayu termasuk kipas dan fasiliti tempat duduk dan meja makan. 3. Terdapat pondok rehat yang cukup bagi musafir wanita ma'zurah berehat. 4. Antara tarikan orang luar mahupun dalam Jerteh untuk bergambar dan melihat kebesaran masjid. 5. Aktif dalam aktiviti jamuan serta bantuan kepada jemaah sekitar. Akses google maps : Tepat, ada satu pintu akses masuk parkir kereta melalui jalan bersebelahan balai polis. Semoga yang menginfak, berwakaf / bersedekah kepada masjid ini dimurahkan rezekinya oleh Allah SWT. Amin Ya Rabbal Alamin.
Mohamad Zaki
10