KUALA TERENGGANU - Produk pelancongan baharu iaitu Kampung Budaya Terengganu di Kompleks Muzium Negeri, Losong di sini mula dibuka hari ini kepada orang ramai.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkampungan budaya yang mempunyai pelbagai tarikan yang berkonsepkan muzium hidup itu menghimpunkan pelbagai kesenian, kebudayaan dan warisan dari kesemua lapan daerah di negeri ini.
Beliau berkata, orang ramai bukan sahaja berpeluang menikmati pengalaman percutian bersejarah berlatar belakangkan suasana kehidupan sebenar masyarakat Melayu lama, malah boleh melihat secara dekat demonstrasi aktiviti tradisi yang diusahakan penduduk tempatan.
 Demonstrasi memasak laksa Terengganu menggunakan alatan tradisonal turut disajikan kepada pengunjung.
āMemandangkan Terengganu kaya dengan pelbagai khazanah seni warisan budaya yang sehingga kini masih dipelihara, kerajaan negeri mengambil inisiatif mewujudkan Kampung Budaya Terengganu yang akan dijadikan āone stop centreā bagi membolehkan pengunjung menyelami sejarah warisan masyarakat dahulu kala.
āSebagai sebuah produk pelancongan baharu, kita percaya Kampung Budaya Terengganu bukan sahaja menjulang semula seni budaya masyarakat Melayu dahulu kala, bahkan turut menjadi rujukan generasi akan datang,ā katanya.
Beliau berkata, kepelbagaian tradisi Masyarakat Terengganu seperti permainan dan peralatan tradisional yang berbeza-beza di setiap daerah boleh dilihat di Kampung Budaya berkenaan.
āMungkin ada antara generasi muda tidak pernah lihat peralatan sebegini. Jadi ini ini adalah kesempatan terbaik untuk pelancong datang sekali lagi ke Terengganu bagi melihat seni, budaya dan warisan negeri yang terdapat di Kampung Budaya,ā katanya kepada pemberitan pada sidang akhbar selepas merasmikan perkampungan tersebut.
 Antara tarikan yang melengkapkan suasana Kampung Budaya Terengganu di Muzium Negeri Terengganu.
Turut hadir, Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Terengganu, Ariffin Deraman dan Pengarah Pelancongan Terengganu, Ab. Rasid Jusoh.
Kampung Budaya Terengganu menawarkan tujuh perhentian iaitu Rumah Nelayan, Rumah Bujang Berserambi Selasar, Rumah Bujang Berkembar, Rumah Limas Belanda, Rumah Tele, Istana Tengku Long, Laman Singgahsana dan Laman Warisan.
Antara demonstrasi disediakan seperti pembuatan jala, bubu, keropok, seni dan ukiran khat, kayu, anyaman, wau, gasing, tembikar, tembaga, keris, pameran pakaian tradisional, mencanting batik, memasak bubur Asyura serta persembahan berzanji.
Sementara itu, Ahmad Samsuri berkata, sebagai permulaan, tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke perkampungan itu. Selepas tempoh ditetapkan, pengunjung akan dikenakan bayaran RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.
Kita harap mereka tidak melepaskan peluang untuk melihat sesuatu yang menarik di sini yang jarang dapat dilihat,ā katanya.
 Permainan tradisonal kanak-kanak yang menjadi antara tarikan di Kampung Budaya Terengganu di Muzium Negeri.
Ariffin berkata, beliau menjangkakan kira-kira 100,000 orang akan mengunjungi Kampung Budaya dalam tempoh sebulan ini.
āKita amat menggalakkan kehadiran pengunjung ke sini kerana ia menyediakan pelbagai tarikan untuk tatapan mereka.
āBagaimanapun, kita tetap mengutamakan prosedur operasi standard (SOP) dalam menerima kehadiran pengunjung apabila mereka juga perlu mendaftar dengan MySejahtera serta membuat imbasan suhu badan bagi memastikan mereka benar-benar sihat dan bebas daripada sebarang gejala penyakit sebelum mengunjungi kawasan...
Ā Ā Ā Read moreFun activities enriched with traditional history, music, art, culture, and more. However, I have a few suggestions:
Install air conditioning in each house. While I understand the concerns regarding electricity costs, it would be extremely helpful during the summer, especially for families with many children, to reduce the risk of heat stroke and provide more comfort.
Provide more details on each displayed item and the history behind them. I noticed that most of the items, instruments, traditional clothes, etc., inside the houses are only labeled without further historical context. It would be more engaging if technology could be used to offer detailed explanations. These improvements would add great value to the experience.
I wish there were clearer directions on where to start or what activities are available. The directions were unclear, and I wouldnāt have known about the variety of activities if I hadnāt asked the staff.
Overall, the experience was fun, the staff were super friendly and the events were enjoyable. I hope to see some improvements to the facilities on...
Ā Ā Ā Read moreA very nice place to visit if you are into arts, culture and history. The demonstrations of Terengganu traditional crafts and games were well presented by the friendly staffs. My husband and i thoroughly enjoyed trying out gasing and gamelan. The staffs, such as Hazri, are well learned and passionate about the arts and craft such as the kain telepok and ship making of our forefathers. It is refreshing to see young people like Hazri so spirited about these dying arts that once were a symbol of our prestige. We hope more people will visit Kampung Budaya Terengganu and learn about our very own rich arts, culture...
Ā Ā Ā Read more