Oh, tak sangka trek Gunung Silam (884m) yang walaupun sekadar mengambil masa 1 jam dakian adalah trek yang begitu sukar.
Gunung Silam hanya boleh diakses melalui pintu masuk di Menara Kayangan. Untuk ke pintu tersebut pengunjung boleh menaiki kereta (15 min) atau berjalan (1 jam lebih). Saranan saya naik kereta sajalah. Kerana laluan pejalan kaki dari pintu masuk Menara Kayangan (di kaki bukit) ke pintu masuk trek Gunung Silam hampir tidak wujud. Sudahlah ada kereta yang menderu keluar masuk. Pendek kata merbahaya. Elok simpan tenaga untuk trek sebenar.
Trek utama ke puncak Gunung Silam adalah trek kayangan. Kesusahan trek ini hadir dari segi laluan trek yang acap curam dan jarang sekali berlandai. Memanglah ia berturap konkrit yang beralur. Namun banyak bahagian tersebut sudah diselaputi lumut dan mendapan tanah. Dalam sekurang-kurangnya dua tempat saya dapati diri saya tergelongsor ke bawah. Terkadang terfikir, kalau tiada konkrit murah dan digantikan dengan lantai hutan yang mana bisa dicengkam kasut trek itu lagi bagus.
Kira-kira hampir 4/5 trek berlantaikan konkrit. Pada akhir 1/5 trek ia adalah lantai hutan tanpa tanda penanda arah jelas. Cuma cebisan strip awas yang diikat pada pokok tertentu.
Ketibaan saya di puncak agak antiklimatik memandangkan tiada pemandangan 360 lahad datu seperti yang saya bayangkan sebaliknya hanyalah suatu kawasan cerang (clearing) yang pendek.
Saya memilih jalan alternatif untuk trek pulang dan bukannya trek sama tadi. Perjalanan pulang saya adalah melalui denai-denai hutan yang sempit dan tidak begitu jelas menghala ke mana. Satu-satunya penanda saya ada adalah cebisan strip awas tadi. Masalahnya jumlahnya sangatlah langka dan kadang-kadang di suatu cabang tiga tiada langsung strip awas sebagai penanda.
Namun mujurlah saya dapat keluar ke trek utama. Saya dapati sebenarnya laluan denai tadi adalah berselari dengan trek konkrit. Jadi buat sesiapa yang berniat menggunakan laluan sama untuk dakian turun, anda boleh menghela nafas lega.
Trek ini sederhana susah. Peruntukkan sekurang-kurangnya dua jam keseluruhan untuk dakian...
   Read moreTwo trails available, both starting from menara Kayangan. The easier trail is 45mins of cement pavement walking and it combines halfway with the difficult trail. The hike is not too difficult. Good shoes are recommended though because it's a moss jungle so it's slippery. Both trails take less than 2 hours, I recommend taking the difficult trail up and taking the easier one down so you can take a slower stroll on the cement pathway. Like all sabah trails, look for the plastic flag/tags to guide the way. Some areas are very near to the cliff edge so do be more careful with younger children. Scenery at the peak is the same as the menara kayangan. The mossy area are beautiful...
   Read moreMount Silam, LD
Nice view from Tower of Heaven a.k.a Menara Kayangan.
Located at Mount Silam, Lahad Datu, take only about 20 minutes drive from Lahad Datu Town to the intersection to Danum Valley & another 15min uphill drive from there. You can see the whole Silam Coast from up top
✅ entrance fee ✅...
   Read more