Kedai makan harga berpatutan yang boleh dikunjungi di Langkawi. Selain set shell out, kedai ini juga menyediakan masakan2 panas goreng2 dan juga aneka lauk untuk dimakan bersama nasi putih.
Boleh dikatakan kebanyakan menu berbaloi untuk dicuba. Sedap dan menepati kehendak customer seperti jika diminta kurang pedas, maka hidangan yang sampai pun kurang pedas seperti yang dikehendaki.
Untuk nasi goreng USA, harganya rm12 sahaja. Banyak juga sotong goreng tepung yang dilambakkan atas nasi goreng USA ini. Rangup dan segar rasanya.
Selain itu, hidangan koey teow kung fu juga recommended. Dengan harga rm12 juga, anda dapat campuran udang, sotong, daging, ayam dan sayur sayuran dalam koey teow kungfu ini. Kuah yang pekat sesedap rasa membuatkan pinggan licin tanpa disedari.
Menu lain yang kami pesan ialah nasi goreng cina kurang pedas dan semangkuk tom yum campur. Nasi goreng cina walaupun kurang pedas, tapi masih menambat selera. Secukup rasa masin dan berperisa.
Tom Yum campur pula berbaloi dicuba. Portion agak banyak, boleh dimakan 2-3 orang semangkuk, sepadan dengan harga. Campuran isi ayam, daging, sotong, dan udang segar membuatkan sukar untuk berhenti ketika menghirup kuah tom yum ini. Walaupun tidak dimasukkan susu sejat, tapi tom yum di sini masih memikat selera. Pujian harus diberikan kerana tom yum di sini tidak banyak “sampah” semata mata seperti hirisan2 bawang, lengkuas atau serai semata mata, tetapi kaya dengan isi dan sayuran yang boleh dimakan..!
Dari segi kepantasan penyediaan pesanan customer, menu yang dipesan siap dalam masa kurang 30 minit. Paparan di kad menu juga jelas bersama harganya. Layanan dari staf kedai juga baik, terkejut apabila chef sendiri keluar bertanya bagaimana kehendak customer untuk makanan yang dipesan supaya tidak tersalah masak.
Bayaran boleh cash atau QR. Terdapat juga dobi layan diri berdekatan kedai ini. Sementara menunggu baju siap dibasuh, bolehlah menjamu...
Read moreThe food was good and the price is reasonable. The service and food take a while. Everyone is quite chill and they don't have many workers. So, ordering and food might take abit longer but...
Read moreAPA NAMA to fantastyczna lokalna restauracja, która zachwyca pysznym jedzeniem w bardzo przystępnych cenach. To idealne miejsce dla miłośników lokalnej kuchni! Szczególnie polecam Padpryk Chicken Fried Rice – jedno z najlepszych dań, jakie miałem okazję próbować. Świetne smaki, świeże składniki i przyjazna atmosfera sprawiają, że na pewno będę tu wracać....
Read more