Pengalaman buruk hari ni makan di Sri Dayu Tom Yam Adda Heights malam ini.
Saya dah banyak kali makan di kedai ini memandangkan masih banyak kedai tom yam di JB belum dibuka. Selama ini makan takda masalah. Tapi malam ini jadi masalah.
Pesan Bihun Goreng=Kicap+Telur sahaja. Sos cili, sayur, ayam ke semua tak nak. Budak nak makan. Tak boleh makan pedas.
Sekali sampai ada cili hijau 1 butir dan cili merah 1 butir. Bila rasa, memang pedas. Panggil staf minta buat lain. Datang semula, rasa masih ada rasa pedas. Belek2, nampak biji2 cili api di dalamnya. Panggil lagi sekali minta buat semula lain sambil tunjuk biji2 cili yang dijumpai dalam bihun tersebut.
Kemudian dari jauh dengar tukang masak/tokey kedai menjerit2 di dapur komplen dah 2 kali masaklah dan macam2. Saya sabar je dengarkan. Seluruh kedai boleh dengar bebelan beliau. Kali ini sampai bihun putih tanpa menggunakan kicap. Ok lah... tapi rasanya SANGAT2 MASIN. Budak kecik bab makan tak pandai menipu..kalau pedas, maka pedaslah. Jika masin, maka masin lah.
Then, saya terus ajak anak balik dan pergi ke kaunter untuk bayar sambil nak tengok tokey tanya ke tidak kenapa tak makan makanan yang disediakan. Namun, langsung beliau tidak tanya. Takpa..saya bayar sahaja sambil menahan kemarahan disebabkan tukang masak/tokey merungut membebel dengan kuat sebelum itu.
Bagi saya tidak perlu mereka berbuat sedemikian. Dah memang mereka salah. Jika tak pedas mengapa ada cili api kali pertama. Jika tak pedas mengapa ada biji2 lada di dalam bihun tersebut? Jika tidak masin apa sebab saya dan anak saya tidak memakan ataupun membungkus masakan tersebut? Saya bukan jenis suka membazir makanan.
Kalaulah mereka cukup hanya dengan berdiam, senyum saya hanya akan berkata di dalam hati;
"Bukan rezeki aku malam ni"
Bukan tak pernah saya membeli makanan salah disediakan oleh peniaga. Tapi tak pernah pun saya kongsikan kesilapan mereka.
Saya sebagai pelanggan yang confirm rugi boleh menjaga aib pekedai, kenapa pekedai yang berniaga sudah tentu ada untung (bukan saya seorang pelanggan) tidak boleh menjaga aib pelanggan?
Maka disebabkan itu saya menulis di sini. Selebihnya terserah pada Allah untuk mengaturkan apa2 samada bagi pihak saya...
Read moreMy fav place to eat Sup Tulang. Whenever i felt dizzy or fever, i always take out Sup Tulang from here. For me it is good enough. The only problem for this restaurant is they will close not according to their normal day off. Other than that, all are good. Recommend to try Sup Tulang (add spicy)...
Read moreThe Service is very bad, no staffs are looking on the customer if whether they want to order more or request anything. The Tomyam food was really good. But...
Read more