Datang makan jam 8 malam pada 20 Julai 2019 dgn adik. Pelanggan masa tu hanya ada sepasang suami isteri dan anak tengah tunggu order untuk take away. Saya membuat pesanan dan disambut tanpa senyuman oleh pekerja wanita berbadan agak gempal walaupun pada ketika itu saya senyum kepadanya. Pelayan tersebut nampak sangat tidak mesra. Dia memberitahu nasi kuning tiada hanya nasi putih dan perlu menunggu 10 minit. Namun makanan tiba lepas lebih kurang 20 minit dan agak kecewa pelanggan yang datang take away didahulukan.
Semasa kami tengah makan, pelayan tersebut menyapu lantai. Bukan itu sahaja, hayunan penyapu agak kuat. Saya sangat terganggu kerana bagi saya semasa pelanggan makan agak kurang sopan apabila seseorang menyapu kerana habuk berterbangan dan boleh jatuh atas makan. Pelayan tersebut langsung tidak minta izin@minta maaf sebelum berbuat demikian. Saya di rumah pun tidak akan menyapu lantai apabila orang makan kerana menghormati orang lain. Takut makanan akan terkena habuk. Dan bukan itu sahaja, dia boleh padam lampu masa itu. Bukan semua lampu, ada satu lampu yang dipadamkan sedangkan kami masih makan. Sikap yang langsung tidak hormat dan tidak beradab bagi saya. Kelihatan seperti kelam kabut ingin pulang sedangkan jam belum pukul 9 malam.
Selepas makan dalam keadaan tidak selesa, saya memberitahu pelayan tersebut supaya lain kali tidak menyapu semasa orang masih makan. Dia boleh jawab saya, "Memang begitulah kami..kami tidak dibayar OT"..langsung tidak minta maaf tapi berulang kali menjawab" Kami memang begitu. Kami balik jam 9". Gara-gara ingin cepat balik terus rasa hilang hormat dengan pelanggan yang masih makan kerana ingin kejar balik jam 9 malam. Hairan kenapa tiada manager yang pantau pekerja begini? Sekurang-kurangnya kalau ingin balik awal tidak perlu terima pelanggan lagi. Bukan dengan cara layan pelanggan tiada adab macam tidak mengalu-alukan pelanggan yang datang. Seakan ingin pelanggan cepat balik.
Nasihat saya tolong pantau pekerja sebegini dan kalau boleh terapkan etika pekerja sebagai mana KFC dan MC D melayan pelanggan dengan peramah dan sopan. Letakkan seorang Penyelia untuk bekerja sama-sama pekerja supaya nama Sugarbun tidak buruk disebabkan segelintir pekerja yang tidak beretika dan profesional. Muka seperti tidak minat bekerja sahaja. Sebaiknya tolong tukar@buang bekerja tidak beretika dan ambil lah individu yang betul-betul ikhlas bekerja. Dari segi makanan pun agak mahal dan tidak seberapa. Saya rasa inilah pertama kali dan terakhir untuk saya datang. Sangat tidak disyorkan untuk yg...
   Read moreHad dinner here, sorry no pictures was taken, had beef stew, chicken mushrooms, and w5 savoury rice with fish and chicken and chicken burger. Sadly the offer to add 1 ringgit for soft drink NOT honoured as the machine was under with alternative to pay for full amount as ala carte, for can drink which obviously is expensive. The beef stew and chicken mushrooms taste was rather diluted, but the taste is somehow preserve. Taste 3 star Price 1 star Cleanliness 3...
   Read moreWent to this SugarBun in Kota Belud today and had an amazing Assam Fish Head curry with rice. I didn't have a long wait so I was not expecting much...to my surprise, it was quite delicious! Highly recommend this restaurant to someone looking for a yummy meal in Kota Belud. My husband had the nasi lemak and he thought it was, in his words, 'Very Good". Thanks to Viviane for great service...
   Read more