Very friendly service at Warung Aziz Satar—especially the lady boss, who was genuinely warm and took the time to introduce all the different fish-based dishes they offer. It was my first time trying the East Coast-style otak-otak and satar, and the experience was definitely something new for me.
The satar is sold at RM1 per piece, which can feel a bit pricey unless you’re buying in bulk. Still, it’s a unique taste worth trying at least once, especially if you’re not familiar with this regional style.
We also tried the Terengganu lontong, which was another first. The broth didn’t have an overpowering fishy smell (which I appreciated), but the overall dish felt a bit bland to me. It came with some raw cabbage and sambal, but lacked the depth or variety of condiments I’m used to. That said, it’s clearly a local favourite, so while it didn’t quite hit the mark for me, I can see why others...
Read moreReview Jujur saya. 13 Oktober 2024.
Mohon perbaiki dari segi kebersihan dan kualiti makanan yang disediakan. Saya tidak pasti apa yang saya alami di sini. Saya datang berdasarkan ulasan seorang Brother" yang mengatakan tempat ini kurang sesak dan tenang.
Namun, bagi saya, keadaan di sini nampak tidak bersih. Tidak sama sekali seperti review lama2 3tahun lepas. Gambar review 3tahun lepas pun tidak sama seperti yang saya datang baru2 ini. Mungkin sebab banyak cawangan kot.
Walaupun tidak ramai pengunjung, makanan banyak yang tersedia sudah digoreng dan siap, tetapi ia tidak panas; ia sejuk, seolah-olah sudah dimasak sejak pagi dan dibiarkan begitu saja.
Ia adalah satu warung, di dalamnya terdapat banyak hub kecil, di mana setiap hub menjual item yang berbeza dan diuruskan oleh penjual yang berlainan. Ini bermakna anda perlu membayar terus kepada penjual hub tersebut, yang agak menyusahkan.
Suami saya membeli ikan goreng celup tepung, tetapi malangnya, rasanya seolah-olah ikan tersebut sudah tidak segar. Begitu juga dengan keropok lekor, goreng pisang, dan satar popia, yang semuanya disajikan dalam keadaan sejuk. Makcik di situ menggoreng semula makanan tersebut, tetapi hasilnya terlalu berminyak dan tidak menyelerakan, menjadikannya sukar untuk dimakan.
Terdapat banyak pilihan makanan yang nampak menarik dan murah, termasuk hub yang menjual pais dengan pelbagai jenis. Walaupun nampak menyelerakan, setelah mencubanya, saya menyesal kerana rasanya tidak memuaskan—sejuk dan tidak segar!
Ketika melihat pilihan satar di sebelah pais, saya membuat keputusan untuk tidak membeli kerana semuanya kelihatan serupa dan saya bimbang akan kualiti makanan tersebut, terutama kerana tidak nampak sebarang pemanas di sekitar.
Akhirnya, saya hanya membeli keropok kering ikan tamban untuk dibawa pulang.
Pengalaman ini sangat mengecewakan, terutamanya selepas datang jauh-jauh untuk menikmati makanan yang diiklankan. Saya pulang dengan rasa hampa, berharap untuk mendapatkan pengalaman yang lebih baik di...
Read moreSaya berkunjung ke Warung Aziz Satar sebab pernah ke sini beberapa tahun yang lalu. Pada masa dulu kedai ni mungkin masih di kemuncak kegemilangannya.
Semasa berkunjung pada pkl 1pm tak ramai pelanggan di kedai, hanya ada 1-2 meja saja ada pelanggan, mungkin hari yang pergi tu hari bekerja bagi Terengganu tetapi cuti bagi negeri yang bercuti hari Ahad, (cuti ganti Wesak Day)
Di restoran ini ada menyediakan Nasi Campur, Celup Tepung, Satar, Otak2 dan Pais. Air kelapa dan keropok goreng pun ada, tapi masa saya datang keropok goreng takde.
Kami mengambil Menu celup tepung, harga adalah seperti berikut Sotong RM7 per 100 gram, ambil 200gram, Telur Sotong RM7 per 100 gram, amik 100 gram, Ikan Kembong RM7 seekor, ambil 2 ekor, Otak2 10pcs RM8. Harga Udang celup tepung 3 ekor rm10, tak ambil sebab saiz udang tak sepadan harga.
Pesanan minuman pula adalah layan diri, kena order dan ambil sendiri di kaunter minuman.
Pada pendapat saya, makan Celup Tepung di sini bukanlah specialty nya sebab semua sudah sejuk dan ikan juga tidak segar, seperti yang saya makan di kedai celup tepung Terengganu yang lain. Sotong sejuk, liat dan sudah tidak crispy sebab dah lama sejuk.
Otak2 terengganu ok sedap tapi isinya macam kecil, tapi takpelah sedap juga. Tapi yang tak berapa safety skit otak2 tutup pakai stapler, jadi susah sikit nak buka daunnya, berbanding otak2 lain yang tutup pakai lidi.
Total kami bayar untuk makan dan minum adalah RM47. Dari segi harga mungkinla mahal sikit tapi tak kisah mahal kalau sedap dan berbaloi, kalau tak sedap, jadi last la pergi kedai ni dan cawangan2 nya yang lain.
Gambar tak ada sebab takde mood...
Read more