6 Faktor Saya Dan Sekeluarga Menginap di Homestay Havel House, Alor Setar
Disediakan Oleh : Mohd Ezli Mashut Menginap di Homestay Havel House pada : 13 - 14 Mei 2025
Apabila bercuti, penginapan yang sesuai, selesa dan mendamaikan adalah antara perkara paling penting yang boleh menentukan kualiti percutian seseorang.
Tidak kiralah sama ada percutian anda bertujuan untuk berehat, melawat sanak saudara, ataupun mengembara ke destinasi pelancongan terkenal, pemilihan tempat menginap haruslah dilakukan dengan teliti.
Kami sekeluarga dari Sekinchan, Selangor memilih Homestay Havel House, Alor Setar disebabkan beberapa faktor keselamatan, lokasi yang strategik dan keselesaan khususnya yang memiliki anak-anak kecil.
Jadi jika anda merancang untuk bercuti atau menginap di Alor Setar, Kedah, maka Homestay Havel House merupakan pilihan terbaik yang wajar anda pertimbangkan.
Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, lokasi yang strategik, dan suasana yang mendamaikan, Havel House menjadi pilihan utama ramai pelancong dan keluarga yang menginginkan keselesaan umpama berada di rumah sendiri.
Berikut adalah 6 faktor utama yang menjadikan Homestay Havel House sebagai pilihan penginapan yang ideal di Alor Setar:
Suasana ini menjadikan Havel House sangat sesuai bukan sahaja untuk percutian, tetapi juga untuk urusan kerja atau lawatan keluarga yang memerlukan tempat tinggal yang selesa dan damai.
6 Faktor Kenapa Perlu Menginap di Homestay Havel House Alor Setar
Lokasi yang mudah diakses dan mudah pergi tempat makanan yang menarik dan kawasan membeli-belah dan pelancongan
Kemudahan yang selesa dengan bilik yang sesuai dengan kemudahan penghawa dingin.
Keluasan yang sesuai untuk percutian bersama keluarga dan kanak-kanak
Kemudahan seperti kolam renang yang sesuai untuk aktiviti keluarga dan kanak-kanak
Harga yang berpatutan dan sesuai dengan lokasi di pusat bandar Alor Setar.
Menikmati kemudahan dan ketenangan menginap dalam suasana tenang dan harmoni.
Kesimpulan: Pilihan Terbaik Untuk Penginapan Anda di Alor Setar
Menginap di Homestay Havel House Alor Setar bukan sekadar tentang tempat tidur. Ia tentang pengalaman menyeluruh yang mencerminkan keselesaan, kemudahan dan kepuasan hati.
Dengan lokasi yang strategik, kemudahan lengkap, ruang yang luas, kolam renang, harga yang mampu milik dan suasana yang menenangkan – anda akan merasa seolah-olah berada di rumah kedua anda.
Tidak kira sama ada anda merancang untuk:
Bercuti bersama keluarga Menghadiri majlis perkahwinan Menziarahi sanak saudara Atau menghadiri urusan kerja di Alor Setar
Havel House adalah pilihan yang ideal.
Kami sekeluarga sudah merasai kedamian dan keseronokan menginap di homestay ini, kami syorkan jika anda mahu merasai ketenangan jadi tempah sekarang untuk menjadikan percutian anda lebih bermakna dan...
Read moreSuper cosy home!
Kami sangat berpuas hati dengan Hovel House. Rumah yang sangat selesa, bersih, cantik dan sesuai untuk keluarga. Susun atur dalaman kemas dan moden memberikan suasana yang tenang dan menyenangkan. Syukur kami jumpa rumah ni. Rasa berbaloi sangat!
Lokasinya juga sangat strategik – mudah untuk akses ke kedai, dobi, restoran dan tempat menarik berdekatan. Admin homestay juga ramah dan mudah dihubungi bila-bila masa sahaja.
Segala kemudahan yang disediakan agak lengkap dan berfungsi dengan baik. Yang buat tak lengkap sebab microwave tak disediakan. Nasib baik banyak jenis peralatan dapur lain disediakan, jadi kami panaskan lauk atas dapur sahaja ;-)
Kami pasti akan menginap di sini lagi jika berkunjung ke kawasan ini....
Read moreA hidden gem in Alor Setar with pool. Complete amenities. You can do laundry, cooking and bbq. Suitable for friends & family gathering. Strategic location. Walking distance to eateries and shops. Would...
Read more