While waiting for the car to get serviced, I found a small restaurant. It was cramped with people inside, making me wonder what special menu items attracted so many customers. I ordered Nasi Soto, Satay (a mix of four types of satay), mi rebus, and drinks. To my surprise, even though I wasn't very hungry, the food tasted delicious. The soup for the Nasi Soto was neither oily nor overly spiced. I even added begedil kentang (fried boiled potato). Together with their sambal kicap (soy chili sauce), it brought out the richness of the soup. The mi rebus (noodles in sweet potato gravy) was a bit sweet but still delicious, according to my partner. The satay was flavorful and the peanut sauce complemented it well. I rate this restaurant 10 out of 10. I will...
Read moreThis is one of the Satay institutions in Muar - where people normally eat Satay for breakfast, where other places normally serve them for lunch or dinner. The satay is grilled to perfection, but some Satay Daging may have chewy parts.
They serve the Satay by the plateful and you just eat what you want. Do be careful not to touch the Satay that you do not want or eat. After eating, count the sticks that you have eaten and pay at the counter.
Their restaurant is a bit small & cramped - with limited tables and seating space. You may have to wait quite a while if you come at peak hours.
If you come to Muar, do try them out - they grill their Satay outdoors, just beside their store entrance, so you can smell the deliciousness,...
Read moreBukan sesuatu yang pelik jika melihat sate dihidangkan sebagai menu sarapan pagi di Muar.
Malah, sajian itu menjadi antara makanan wajib bagi penduduk tempatan dengan terdapat lebih 10 pilihan kedai sekitar Jalan Majidi di sini yang menerima jolokan 'lorong sate' dibuka seawal 7.30 pagi bagi memenuhi selera pelanggan.
Jika di Kuala Lumpur misalnya, sate dinikmati pada sebelah petang atau malam namun di Bandar Maharani suasana berbeza apabila aroma daging perap yang dibakar di atas dapur arang pada awal pagi menggamit selera pejalan kaki yang melalui deretan kedai di situ.
Mula beroperasi pada 2015, pemilik restoran Gubok Ann Sate Warisan, Mohd Afzan Mohd Atan menggunakan resipi tradisi keluarga yang diwarisi daripada datuknya, Hussin Said yang memulakan perniagaan sate pada era 70an di Larkin, Johor.
Beliau yang merupakan generasi ketiga keluarga mengusahakan perniagaan itu, selain pakciknya yang turut membuka restoran Satay Warisan berdekatan.
"Keluarga saya memang kebanyakannya meniaga sate kerana dari kecil kami didedahkan dengan cara pembuatannya…rugi jika tidak meneruskan resipi peninggalan arwah datuk kerana memang hasrat kami untuk pengunjung turut dapat merasai keenakan sate warisan keluarga," katanya ketika ditemui Bernama.
Mohd Afzan, 39, berkata meskipun terdapat banyak restoran sate di Jalan Majidi namun setiap kedai menyediakan rasa dan keunikan tersendiri yang terletak pada tekstur daging dan kuahnya.
Berkongsi proses penyediaan juadah itu, beliau berkata daging akan diperap semalaman menggunakan bahan asas seperti serai, bawang, halia dan rempah istimewa sebelum dibakar keesokannya.
"Penyediaan sate agak memakan masa dan renyah kerana perlu menunggu semalaman untuk memastikan perapan daging dapat meresap sempurna kerana jika tidak, rasanya hambar dan tidak begitu enak," katanya yang menjual hampir 2,000 cucuk sate sehari.
Selain sate ayam, daging dan perut yang dijual pada harga RM1 secucuk, Restoran Gubok Ann Sate Warisan turut menyediakan makanan yang sinonim di daerah itu iaitu mee bandung, soto dan lontong kering. Sumber : myMetro...
Read more