Macam ni punya menu pun masih ada lagi. Ingatkan menu camni dah pupus sejak era 90an dulu.
Nasi budget RM5 je.. Set budget ni termasuk nasi penuh pinggan boleh mintak tambah sebab lauk dia banyak. Ulam kalau makan kat kedai korang boleh buh sendiri. Tapi tolong ingat2 sikit orang kat belakang ye, ikan masin bulu ayam ni memang peberet, kalau lambat memang dapat kepala je la.
kuah gulai ayam, sambal belacan, ayam goreng yang dah dipotong kecik2. Air kosong free flow haha..
Menarik kedai ni sebab diorang ni hanya khas untuk ‘ GULAI LOMAK CILI API NISMILAN ‘
Menu dia memang layan. Saya dah try semua, ini sikit review saya pasal menu.
Gulai lomak tolo itik Gulai lomak daging salai Gulai lomak koli salai Gulai lomak ayam Gulai lomak siput sodut (Limited edition ikut nasib)
Walaupun semua menu dia gulai lomak. Tapi semua gulai ni mempunyai rasa yang tersendiri. Macam gulai daging salai memang standard pedas maintain dengan jeruk mangga.
Gulai ayam dia pekat dan tak berapa pedas, sesuai kalau budak2 nak makan.
Gulai itik salai dia first time makan memang terkejut jugak. Sebab daging itik dia memang lembut tak liat lansung. Lepas tu ada rasa ala2 smokey gitu.
Gulai lomak siput sodut - berhantu giler! Korang kena rasa sendiri baru paham. Susah nak eksplain pakai taip ni.
Memang setiap kuah gulai ni rasa tak sama lansung. Mungkin diorang masak lain2 portion kot.
Gulai tolo itik dia memang simple je sebab orang nak fokus makan tolo je. (Saya memang dari dulu memang tak gemar tolo itik) Sebab tu kurang review, siapa yang nak tambah pasal gulai tolo itik ni silakan...
Kedai Sey Salai ni nak cari senang je. Berdepan dengan pasar borong Selangor. Landmark paling bagus adalah korang kena cari Stesen Petrol Shell. Kalau tak jumpa jugak maknanya korang salah baca peta atau cari pakai peta Zimbabwe.
Diorang niaga patutnya sampai malam. Tapi biasanya pukul 5pm tu kalau tinggal kuah pun dah kira untung le tu...
Kedai ni cuti hari Jumaat. Semua budak muda je yang jaga. Nak kata hensem tu, aku lagi hensem la...
Pendek kata...
“Gulai derang ni stenderd tokwan sey nyer air tangan. Tokwan sey oghang Nismilan...
Read moreSey Salai Masak Lomak yang terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan merupakan salah satu destinasi makan tengah hari dan malam yang popular dalam kalangan pencinta masakan Negeri Sembilan. Restoran ini mengetengahkan konsep masakan tradisional salai yang digandingkan dengan kuah lemak cili api yang pekat, berlemak dan pedas menyengat, sesuai dengan cita rasa tempatan.
Antara menu wajib cuba ialah daging salai masak lemak, itik salai, dan ayam kampung salai, yang dimasak sempurna dengan aroma salai yang kuat serta tekstur yang lembut. Kuahnya pula cukup pekat, dengan rasa santan segar dan cili api yang seimbang, menjadikan setiap suapan penuh kenikmatan. Terdapat juga pilihan sayur kampung, ulam-ulaman, sambal belacan, dan tempoyak, sesuai untuk penggemar makanan tradisional.
Susun atur restoran ini kemas dan moden, dengan elemen kayu dan pencahayaan yang selesa, memberikan suasana santai walaupun waktu puncak. Tempat duduk juga mencukupi untuk keluarga besar, dan ada ruang berhawa dingin serta terbuka. Kakitangan di sini mesra dan cekap mengambil pesanan.
Harga pula agak berpatutan dengan saiz hidangan yang memuaskan. Sepinggan nasi dengan lauk utama salai dan kuah masak lomak boleh mencecah sekitar RM12 hingga RM20, bergantung pada pilihan.
Secara keseluruhan, Sey Salai Masak Lomak di The Atmosphere ialah tempat makan yang wajib dikunjungi jika aok teringin nak rasa masakan salai sebenar. Gabungan rasa tradisional dan suasana moden menjadikannya pilihan yang ideal untuk makan bersama...
Read moreFood are tasty and price are acceptable. Beware the food here is pure Negeri Sembilan dishes, which means it is extra spicy than normal Malaysian dishes. You have been informed.
Otherwise the place is cozy, easy accessible hand wash area and clean toilet for guess. Try it and...
Read more