Jeti Bagan Ajam di Pulau Pinang berdiri dengan kukuh di atas tiang konkrit, memanjang jauh ke dalam perairan Selat Melaka. Berbeza dengan jeti nelayan yang lain , jeti moden ini adalah tempat tumpuan komuniti untuk beriadah dan bersantai. Pada waktu petang, jeti ini dipenuhi dengan kehidupan. Para pemancing berbaris di sepanjang pagar, bersabar menunggu sebarang tarikan di hujung tali pancing mereka. Banyak kisah kejayaan tangkapan ikan menjadi saksi seperti ikan kerapu, cencaru, gelama dan lain-lain
Sementara itu, pelari dan mereka yang berjalan kaki menikmati angin laut yang lembut sambil menikmati pemandangan laut yang terbentang luas. Jeti ini menjadi pentung yang sempurna untuk menyaksikan panorama matahari terbenam yang memukau. Langit di ufuk barat seolah-olah terbakar dengan warna jingga, emas dan ungu, memantulkan cahaya keemasan pada permukaan air.
Suasana di sini lebih riang dan ceria, dipenuhi dengan bunyi ketawa, percakapan, dan deruan angin. Keluarga dan rakan-rakan berkumpul untuk menikmati waktu santai di penghujung hari. Jeti Bagan Ajam bukan sekadar jeti Nelayan biasa; ia adalah ruang hidup untuk masyarakat setempat bernafas, berehat, dan menikmati keindahan semula jadi pesisiran pantai...
Read moreIt seems, this place is getting increasingly popularity for Sport-Fishers and affiliated Families alike, to hang out at evenings and enjoy the refreshing sea-breeze. Take a seat, relax and enjoy the Sunset and Blue-Hours - remember to bring...
Read moreThe view is magnificent and perfect for taking photos. Many people visiting thus spot for fishing. You can drive in and park your car with a small fee. This area is spacious and...
Read more