Kemarin petang pergi ke Pasar Tanjung, Tawau. Niat nak membeli ikan bilis dan udang kering untuk dibawa ke Ipoh nanti. Sampai sahaja di Pasar Tanjung, saya dan isteri terus ke tingkat 2 bahagian jualan hasil laut kering. Ikan bilis, udang kering, ikan masin, keropok ikan masin semualah ada di sini. Harga pun murah.
Di sini banyak gerai yang menjual hasil laut. Gerainya rapat-rapat antara satu dengan lain. Selalunya kami akan membeli di gerai bahagian tengah. Mungkin sebab dah terbiasa berurusan di gerai ini. Selesai sahaja deal dengan penjual, maka hasil yang dibeli 5 kg ikan bilis dan 2 kg udang kering (dari Indonesia dan Tawau). Biasanya kami akan packing 500 g setiap satu disitu. Mudah kerja. Tak perlu kami packing balik satu-satu di rumah.
Dari asingkan kepada 500 g dan packing sekali masukan dalam kotak, semuanya diurus oleh penjual. Nanti tingal kami bawa sahaja. Sedang kami menunggu kotak siap dipacking, tiba-tiba didatangi oleh budak bertopi hitam menawarkan diri untuk mengangkat barang yang kami beli. Jika dilihat dari segi perwatakan budak itu, rasanya umur dia dalam usia 9 atau 10 tahun.
" bang, aku angkat ni kotak ", budak topi hitam menawarkan diri.
" takpe dik, saya boleh angkat sendiri ", ujar saya.
" boleh la bang, aku angkatkan ini kotak ", budak bertopi hitam tak berputus asa.
Di sini, sudah menjadi kebiasaan akan ada budak-budak datang dekat dengan kita dan menawarkan diri untuk mengangkat barang yang kita beli. Kadang akan ramai budak-budak berkerumun sehinggakan mungkin akan menimbulkan rasa kurang selesa kepada sesetengah pengunjung di pasar.
Sebenarnya, jika budak bertopi itu seorang sahaja, saya tak kisah. Tapi kawan-kawan dia ramai di situ. Saya risau jika saya kata boleh, nanti ramai-ramai pula yang akan ikut nak tolong angkat. Walaupun kotak tu boleh je diangkat sorang-sorang.
Saya cuba berfikir secara positif yang kawan-kawan dia tak kan ikut sekali. Jadi saya pun berkata, " boleh la ". Hebat juga skill closing budak ni. Saya daripada tak nak ambil, terus berkata " boleh ". hehe (sambil garu kepala yang tak gatal).
Tapi apa yang berlaku sebaliknya, ternyata sangkaan saya benar terjadi. Terus datang seorang lagi kawan dia nak tawarkan diri untuk angkat satu lagi kotak tapi dilarang oleh budak bertopi hitam (2 kotak terhasil dari membeli di gerai ini). Budak bertopi bertegas mahu mengangkat 2 kotak ni seorang. Kawannya tak mahu mengalah. Mahu juga kawannya mengangkat sekali. Kerana kami mahu cepat, jadi kami suruh dua-dua angkat kotak sama-sama. Sorang dapat 1 kotak.
Terus kami bergerak ke kereta. Sepanjang perjalanan ke kereta, budak bertopi hitam asyik mengomel dan dituju kepada kawannya. Mungkin tak puas hati sebab dia yang dapat 'closed sale' tapi dengan senang kawan dia datang mengutip hasil. haha.
Selesai letak barang di bonet kereta, kami pun menghulurkan wang(upah) lebih sikit kepada budak bertopi hitam. Sebab usaha dia sampai berjaya 'closed sale' dengan kami. Dan kawannya dapat sedikit berbanding budak bertopi hitam. Harapnya lepas ni budak bertopi hitam boleh la tersenyum lebar dan tak mengomel lagi. huhu.
Usaha mereka harus dipuji. Ia jauh lebih baik daripada kita meminta wang tanpa melakukan sesuatu. Walhal fizikal badan kita masih lagi sihat dan boleh bekerja. Boleh pergi jauh budak bertopi hitam dalam bidang sale. Lagi tebal muka, lagi tebal poket. Kagum dengan usaha mereka. Mungkin dah beratus kali kena reject, sehingga berjumpa skill untuk 'closed sale'. Saya pun dah...
Read moreThis is one of the biggest market in Malaysia. It consists over hundreds of stall that is divided into few categories such as stall for selling veggies, dried food, fruits, meat, clothes, cosmetics and few others more. There was over four hundred peoples doing business in this place alone. I am not too sure about the opening and closing hours during this pandemic but some of them offered cash on delivery service, as well as pick up service where you just need to contact them beforehand, and they will take it to your car when you arrive. This place is pretty crowded almost every day but during this pandemic management give limits of how many person can be inside to shop on a limited time so sometimes the queue are long and you need to wait. The parking lots in this area are also pretty limited since this market are surrounded with few other commercial buildings. So if ypu have the extra dollar, just paid for a runner to the shopping because it is...
Read moreVisited the market, and I have to say this place is quite clean and it doesn't have the typical wet market smell. It's split up by levels and signboards, and it's quite easy to navigate! Ground floor is the fresh produce, with the food stuff that can be consumed immediately. They've local coffee powder towards the side of the market as well! 1st Floor is the dried seafood level. Anchovies, shrimps, squid, you name it, it's here! 2nd Floor is the clothes level 3rd Floor is the food court 4th is the UTC level If you carry a lot of items on you, there are the local children that offer to help you carry it for a fee. Something like a personal shopper. Do it at your own risk.
Overall pleasant...
Read more