Singgah sebentar bersama seorang Kerabat DiRaja Kelantan dan penjaga maqam (arwah Pok Pa) di Kompleks Pemaqaman Sultan-Sultan Kelantan dan Kompleks Pemaqaman Raja Dewa di Maqam DiRaja Langgar. Tahlil ringkas dan doa arwah di Maqam Almarhum Sultan Ismail Petra, Sultan Muhammad IV dll.
Berkesempatan menziarah, mendoakan Almarhum ayahanda YM Tengku Mustapha di Maqam Di Raja Langgar 2 hari berturut-turut sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Teringat akan memori dan nostalgia saya - gelak tawa bersama almarhum ayahanda - rasa seperti masih baru. Keadaan maqam sangat tenang sekali dan awan juga mula mendung.
Al-Fatihah - semoga ruhnya dipilih Allah SWT di kalangan mereka yang diredhaiNya- aamiin.
Berkesempatan juga menziarah dan mendoakan YAM Almarhum Tengku Kaya Pahlawan (Tengku Mahmood) Ibni Almarhum Sultan Muhammad IV (sempat saya kenali semasa hayatnya) dan isteri Almarhumah YM Tengku Rafeah binti Tengku Mahmood Petra (kerabat rapat dengan YMM Almarhumah Raja Perempuan Zainab 2)
Selain membacakan doa dan tahlil ringkas untuk DYMM Almarhum Long Senik Mulut Merah (Sultan Muhammad II), YMM Almarhumah Tengku To' dan Almarhum Long Tan Temenggung Aria Pahlawan dll.
2 hari berturut-turut saya sempat ke Maqam DiRaja Langgar.
Tidak ketinggalan berkesempatan menziarahi pusara Ummi saya, maqam Long Gaffar (Limbat), pusara saudara mara di Banggol dan akhirnya ke maqam Raja Abdullah (Padang Halban) semasa dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur. Sebelum sampai ke rumah, saya menziarahi pusara baba saya untuk kali kedua.
InsyaAllah akan ziarah lagi dalam masa terdekat atas permintaan...
Read moreIt's always well-kept and attended by someone everyday and almost all the time. Located just besides the Masjid Langgar.
Came to visit someone whom I missed dearly, and had passed away 6 years ago. May Allah bestow His Mercy to all the dwellers here.
Also visited the Founding Father's grave. alMarhum Sultan Yahya is also...
Read more