Masjid Telipot dibina pada tahun 1978 di Kampung Telipot dalam bandar Kota Bharu. Justeru kedudukannya dalam bandar Kota Bharu, maka Masjid Telipot bukan sahaja dikunjungi oleh anak-anak Mukim Telipot, tetapi juga dikunjungi oleh para pelawat dan pelancong dari dalam dan luar negeri Kelantan, baik waktu siang ataupun malam untuk menunaikan ibadat mereka.
Sebelum tahun 1978, di dalam bandar Kota Bharu, ibu negeri Kelantan Darulnaim yang bersejarah ini hanya mempunyai dua buah masjid sahaja, iaitu Masjid Muhammadi yang terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu dan Masjid Langgar yang terletak di Kampung Langgar. Kedua-dua masjid itu telah berusia lebih dari 100 tahun.
Masjid-masjid inilah yang menjadi tumpuan umat Islam dalam bandar Kota Bharu menunaikan Fardhu Jumaat mereka, menyebabkan keadaan menjadi begitu sempit untuk menampung umat Islam yang begitu ramai. Kebanyakan mereka pada hari Jumaat terpaksa sembahyang di kawasan lapang di luar masjid kerana telah penuh dengan para jemaah. Demikian juga setiap kali Hari Raya, baik Hari Raya Aidil Fitri atau Adha, masjid menjadi limpah dengan para jemaah.
Pada tahun 1968 telah timbul ura-ura untuk mendirikan sebuah Masjid Langgar yang baru yang lebih besar, tapi kemudiannya rancangan itu dibatalkan kerana melibatkan begitu banyak pengambilan tanah-tanah penduduk tempatan sekitarnya yang terpaksa menelan perbelanjaan yang besar pula. Justeru itu masalah kelebihan jemaah jika dibandingkan dengan ruang masjid yang sempit terus berkekalan tanpa dapat diselesaikan.
Pada tahun 1972, timbul kembali rancangan untuk membina Masjid Langgar. Kali ini cadangan masjid baru itu akan dibina di atas tapak masjid lama yang sedia ada setelah masjid itu dirobohkan nanti. Kos pembinaan masjid itu dianggar sebanyak RM 200,000.00 yang akan dipohon daripada Kerajaan Pusat.
Tapi bila rancangan untuk merobohkan Masjid Langgar yang telah berusia begitu lama dikaji dan diteliti semula, maka rancangan tersebut terpaksa diketepikan, kerana dua sebab yang penting, pertama bangunan masjid lama itu telah berusia lebih dari seratus tahun tidak wajar lagi dirobohkan kerana ia merupakan sebahagian daripada bahan sejarah Islam negeri ini, dan kedua pembinaan masjid baru di atas tapak yang sedia ada yang sempit itu tidak dapat menyelesaikan masalah kekurangan ruangan untuk para jemaah bersembahyang.
Setelah membuat kajian yang teliti, maka Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan di bawah kepimpinan Yang Dipertuanya Yang Berhormat Mulia Tengku Aziz bin Tengku Hamzah, Tengku Sri Utama Raja yang sangat mengambil berat dalam usaha pembinaan Masjid Telipot telah membuat keputusan untuk membina sebuah masjid baru bukan di tempat yang sama tetapi di tempat lain yang lebih luas dalam Mukim Langgar juga, dengan itu setiap hari Jumaat bolehlah diadakan sembahyang Jumaat pada dua buah masjid yang berasingan dalam masa yang sama. Dengan itu masalah melimpah ahli jemaah dapat diatasi.
Tapak baru yang dicadangkan oleh MAIK itu ialah di atas bekas tapak Pejabat Pertanian yang terletak di Jalan Telipot, kepunyaan Kerajaan Negeri yang akan dibina masjid baru untuk dijadikan tempat Jumaat kedua bagi mukim Langgar, dan bukannya menggantikan Masjid Langgar yang sedia ada itu.
Tapak yang dicadangkan itu jauh lebih luas daripada tapak Masjid Langgar yang sedia ada, iaitu kira-kira seluas 750 depa, dan bangunan masjid baru yang akan dibina itu nanti dijangka dapat menampung kira-kira seribu orang untuk satu-satu masa.
Sebelum cadangan ini dikemukakan dengan rasmi untuk mendapat kelulusan Kerajaan Negeri, tinjauan awal telah dibuat dengan menemui Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Kelantan ketika itu, Allahyarham Dato’ Haji Ishak Lotfi bin Omar. Dalam perbincangan awal itu, atas pandangan beliau sendiri, kawasan cadangan untuk membina Masjid baru Telipot itu telah diperluaskan sekali ganda lagi, menjadikan keluasan semuanya kira-kira 1 ½ ekar (1 ekar 480 depa).
Tapak Masjid Telipot ini telah diluluskan dengan rasminya oleh Kerajaan Negeri...
Read moreGrand mosque in Kelantan, situated near kita Bharu it has become spot for Muslims to pray especially Friday prayer. It's equipped with air conditioner so praying and resting here is a bit breeze, it's Ajk also quite active, they have their own multimedia team for Raya brochure or for info display using their giant TV, kudos for their Ajk for thingking ahead and making this mosque modern with a touch of serene. They hoping to buy the nearby plot of land to accommodate more people, so if you can, please donate to the cause
Peace and Salam,...
Read moreThis masjid is the most popular masjid in the state of Kelantan. Packs of activities that was held by the management team in most modern and up to date sound system. For security reason the front gate will be closed at 11.00 pm daily and monitored 24/7 by CCTV, but for assistance, visitors may obtain permission from the security person in-charge.
This masjid provides wedding hall, counseling (if needed, may ask from imam), Al-Quran recitation...
Read more