Keluarga kami sedang mencari sepasang suami isteri berbangsa Cina yang mempunyai hati perut dan nilai altruistik yang tinggi.
Kisahnya bermula sekitar jam 11 pagi tadi di KFC Beserah, Kuantan.
Adik saya, dari Gong Badak, Terengganu memandu untuk ke Bandar Baru Bangi mahu menyambut hari raya bersama Abah.
Perjalanan yang mengambil masa hampir 6 jam membuatkan anak-anak kecil cepat kelaparan. Bekal yang dibawa pun sudah habis. Apabila anak-anaknya mula merengek kelaparan, mereka (adik dan suaminya) memutuskan untuk singgah di KFC, Beserah membeli sedikit makanan untuk mengisi perut anak-anaknya.
Beliau memasuki premis KFC bersama anak perempuannya yang berusia 6 tahun. Ada tertera notis mengatakan orang Islam tidak dibenarkan membeli makanan, hanya selepas jam 3 petang baru boleh. Namun dalam fikirannya pasti ada budi bicara pada peraturan ini terutama untuk anak-anak yang kecil.
Beliau terus menuju ke mesin tempahan, terdapat seorang pekerja lelaki KFC berdekatan mesin itu.
Selepas dua menu dikey-in iaitu chicken burger dan air milo, tiba-tiba kedengaran suara nyaring dari kaunter, "Akak, orang Islam tak boleh beli makanan sekarang. Lepas jam 3 baru boleh."
Adik cuba kompromi, beliau beritahu untuk anak-anak yang kelaparan dalam perjalanan jauh.
Nampaknya pekerja yang penuh 'berdedikasi' itu masih bertegas, "Tak boleh. Hanya orang non Muslim sahaja boleh beli makanan. Jika pihak JAIP (Jabatan Agama Islam Pahang) datang meronda, kami yang kena saman!"
Ketika itu terdapat dua pasangan berbangsa Cina sedang menunggu makanan yang dipesan. Salah seorang daripada mereka terus bangun dan menuju ke arah adik dan menawarkan diri untuk membeli makanan.
Pekerja KFC di kaunter melihat situasi ini, terus beritahu, " Akak tak boleh ada dalam restoran ini ya!"
Selepas adik beritahu menu makanan serta berikan duit kepada lelaki Cina yang baik hati itu, beliau pun beredar.
Selepas beberapa ketika, lelaki yang baik budi itu keluar dari premis dan menuju ke kereta adik. Kebetulan, anaknya yang kecil pula sedang meraung, keadaan benar-benar havoc. Berkali-kali adik mengucapkan terima kasih dan suami adik bersalaman dengan lelaki baik budi itu.
Namun, mereka lupa ambil gambar sebagai kenangan budi baik diingati dan dicontohi anak-anak mereka. Jika posting ini dibaca oleh pasangan baik budi ini, mohon tuan dan puan PM saya.
Saya juga mahu sarankan pihak Majlis Bandaraya Kuantan untuk memasukkan klausa-klausa rukhsah dalam Islam, dimana orang yang sakit, yang musafir, kanak-kanak belum baligh, wanita haid dan nifas diberi kelonggaran untuk mendapatkan makanan. Sekali gus memberi mesej bahawa Islam itu agama indah dan penuh dengan kasih sayang serta empati.
Saya juga mahu sarankan pihak KFC untuk memberikan kursus cara menegur yang tidak mencederakan emosi pelanggan kepada semua pekerja KFC Beserah. Pihak kami boleh melatih pekerja-pekerja anda dengan seni khidmat pelanggan tahap balairong seri yang lebih sesuai dengan budaya orang Nusantara, bukan orang Amerika.
Ya, peraturan tetap peraturan.
Namun nilai kemanusiaan apabila menjalankan peraturan tidak pernah wujud dalam mana-mana SOP.
Nilai ini hanya wujud pada manusia yang punya BUDI BICARA.
.
Kredit : Suhaili Ikhsan
#jjcm...
Read moreStaffs are really rude...Believe me..I went today to buy a bucket of chicken which comes with drinks and other side dishes...She gave me ala carte and when i asked her she said ita ala carte.How dare she!!!After i spoke to the manager,she gave me the bucket with frinks but no side dishes!!!There is always one staff there she is really rude until she took over the whole Kfc...How the owner did not reliase that??I was there at the counter for 10 minutes and nobody layan me so bad service...Please i request the owner to take a look at this problem...Im not complaining the restaurant im complaining the staffs there only...Dont...
Read moreTeruk betul servis dan makanan.
WILL NEVER BUY AND NOT RECOMMENDED TO BUY FROM KFC BERSERAH ANYMORE!
i bought 1 cheesy bowl, 1 potato wedges, but i only get 1 cheesy sauce?? ordered rice combo set with coleslaw but i get mashed potato instead??? ordered strawberry fanta large size but get sprite instead?? the sprite taste like mineral waterrr???!! the cheesy bowl fries totally not crunchy at all. few have some burns. literally black colour 💀
mahal cekik...
Read more