Bangunan Dato’ Jaafar merupakan kediaman rasmi Menteri Besar Johor yang pertama iaitu Allahyarham Dato’ Jaafar bin Muhammad. Bangunan ini telah dibina pada tahun 1893 di atas tanah seluas 100 ekar di kawasan Bukit Senyum, Johor Bahru.
Bangunan ini terletak di atas Bukit Senyum di alamat JKR 514 Jalan Yahya Al Datar Johor Bahru. Tanah Bukit Senyum telah dipilih oleh Dato’ Jaafar dan dipersembahkan kepada Sultan Abu Bakar untuk memiliki tanah tersebut. Baginda tersenyum tanda setuju. Atas perkenan baginda, maka Dato’ Jaafar menamakan bukit ini sebagai “Bukit Senyum”.
Keluasan kawasan ini adalah 100 ekar. Pada masa ini, terdapat beberapa buah bangunan dan jalan yang berada di sekitar bangunan. Di antaranya ialah Depoh Polis, Sekolah Vokasional, Sekolah Menengah Dato’ Jaafar, Stor Telekom Kondominium mewah Astaka Padu. Jalan yang terdapat disekitarnya adalah Jalan Yahya Al Datar, Jalan Storey, Jalan Tebrau, Jalan Stulang Darat dan sebuah lebuh raya (Lebuh Raya Lingkaran Dalam) yang merupakan laluan utama penghubung pintu masuk Malaysia - Singapura.
Reka bentuk bangunan ini menyerupai bentuk bangunan keluarga DiRaja Inggeris iaitu “Hardwick Hall” dan “Mahligai Matlock” di Jajahan Derby atau Derbyshire, di England. Ia dibina setinggi tiga tingkat dan mempunyai menara di setiap empat...
Read moreBest place to go as a prelude to visit JB, know its history, it's building, a vintage look of Victorian time, nostalgic of period when the British were around, ppl were more polite, respectful & more mannered, ppl were respectful of class system & know their position such as obedience to customs, culture, authority & their parents &...
Read moreGoogle shows open however after arrived it is close. Even the phone number is not in service.. No announcement has been made. asked the guard but they also have no idea rgding it. The management needs to update the status don't just let people come here with disappointment. So embrassing and...
Read more