First time try Nasi Lemak Kangkung Warisan Kak Sham ni. Actually mula2 nak pegi makan nasi lemak W**jo tu. Masa buka Google Maps, ternampak location Nasi Lemak Kangkung ni. Terus tekan kat map tu & terus gerak.
Kedai ni terletak di Kampung Baru belah jalan yang tak berapa sesak tu. Bukan jalan masuk utama. So lega sikit la yak perlu hadap sesak nak masuk. Saya pergi hari Ahad pagi dalam pukul 9 macam tu. Parking agak terhad sebab kedai betul2 tepi jalan. Tapi boleh je parking tepi jalan depan kedai tu. Nasib saya baik dapat 1 parking kosong. Kedai ni agak tersorok sikit bila kereta penuh depan kedai tu. Kena slow2 tengok signboard Asam Pedas.
Masuk kedai tengok meja luar semua penuh. Lepas tu nampak orang jual roti canai depan kedai tu. Dalam kedai ada 3-4 meja. Alhamdulillah time tu ada 2 meja kosong kat dalam. Nak order kena beratur dan pilih lauk. Ada lauk Sambal Sotong, Sambal Paru, Sambal Ayam, Rendang Daging. Saya tak pasti ada lauk lain ke tak. Ada juga jual kuih muih melayu dah siap pack. Saya order 1 nasi lemak kangkung lebih dan sambal Sotong. Adik saya order 1 nasi lemak kangkung lebih jugak dengan ayam sambal. Nasi lemak tu dia letak dalam kertas minyak biasa orang bungkus nasi tu ada alas daun pisang. Tak ada pinggan. Terus makan dalam tu.
Portion nasi banyak gila. Sebungkus tu boleh makan 2 orang kalau yang jenis tak kuat makan. Saya habis je. Haha. Alhamdulillah nasi sedap berlemak. Sambal pun sedap sangat. Rasa pedas masam2 manis. Saya suka sambal jenis ni. Lepas tu ada jugak timun, ikan bilis dan telur rebus sebiji. Kacang tak ada. Saya kan mintak kangkung lebih, memang banyak betul portion kangkung yang diberi. Sambal Sotong pun sedap sangat. Ayam goreng pun sedap. Memang recommended sangat kedai ni untuk peminat Nasi Lemak yang ada letak Kangkung. Roti canai & kuih muih pun sedap. Tak sabar nak repeat...
Read moreI stumbled upon what looked like a really delicious spot—full of locals lining up from early morning. That alone got me excited. I showed a picture on Google to order, and was quickly seated. What I got was absolutely delicious. Since it was a holiday, someone who spoke English came over and recommended I try the roti with egg. It was something I’d never tasted before—fresh and so good. We got talking, and I even heard stories about their grandchildren. A really rich, heartwarming moment. The coconut sweets they sold out front were also amazing. Thank...
Read moreJika anda seorang peminat nasi lemak, lokasi ini adalah destinasi yang wajib dikunjungi. Terkenal dengan nasi lemak yang enak dan pelbagai lauk pauk yang menggoda, kedai makan ini memang tidak mengecewakan.
Suasana: Terletak di Kampung Baru, suasana kedai makan ini menyajikan suasana yang santai dan mesra. Tempat duduk yang disediakan adalah sederhana tetapi selesa, cuma nak pergi basuh tangan, kena turun naik tangga.
Pilihan Makanan: Kedai makan ini terkenal dengan nasi lemaknya yang dihidangkan bersama kangkung celur (macam yong tau foo). Selain itu, terdapat juga pelbagai lauk pauk yang boleh dipilih seperti sambal sotong, ayam goreng berempah, paru goreng dan rendang daging. Semua lauk pauk disediakan segar setiap hari dan dipamerkan dengan menarik.
Kualiti dan Rasa: Kualiti makanan memang tidak dapat dinafikan. Nasi lemak yang dimasak dengan sempurna, sambal yang pedas dan manis serta lauk pauk yang lazat menjadikan setiap suapan berbaloi. Nasi yang berlemak dan wangi ditambah dengan kangkung yang segar memberikan kombinasi rasa yang unik dan memuaskan.
Harga: Dengan harga yang berpatutan, anda pasti mendapat nilai untuk wang anda di sini. Hidangan nasi lemak dengan lauk pauk yang pelbagai dan sedap, ditambah dengan harga yang mesra poket, menjadikan kedai makan ini pilihan yang popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong.
Keseluruhan Pengalaman: Ianya merupakan tempat yang sempurna untuk menikmati hidangan nasi lemak yang autentik dan lazat. Dengan suasana yang nyaman dan makanan yang berkualiti, kedai makan ini pasti akan meninggalkan kesan yang baik kepada...
Read more